Thursday 23 October 2014

  • Thursday, October 23, 2014
  • Super Mama Ain
  • No comments
Adakah anda salah seorang dari 6 Juta Warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol?
  • Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
  • Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberi impak negatif terhadap kesihatan jantung dan gunsi kardiovaskular. 
  • Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!

APA ITU KOLESTEROL?
  • Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan.
  • Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

DUA SUMBER UTAMA KOLESTEROL
  1. Kolesterol dihasilkan oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. 
  2. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda.
  3. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


Bagaimana Kolesterol boleh menyebabkan penyakit jantung?

Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah anda :
  1. LDL (Lipoprotien ketumpatan rendah)
  2. HDL (Lipoprotien ketumpatan tinggi)
  • LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda.
  • Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.
  • HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan.
  • Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi dari daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan Paras kolesterol LDL yang rendah.


0 comments:

Post a Comment

PAGE

National Conferrence 2014

National Conferrence 2014
National Conferrence SHAKLEE 2014

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

Saya pengedar sah di kawasan Rembau, Negeri Sembilan. SID : 970932

Saya pengedar sah di kawasan Rembau, Negeri Sembilan. SID : 970932

Saya COD area Seremban, Senawang, TTJ, Rantau, Linggi, Pedas dan Rembau

Saya COD area Seremban, Senawang, TTJ, Rantau, Linggi, Pedas dan Rembau

Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

TERIMA KASIH KERANA BERSHOPPING DENGAN KAMI

TERIMA KASIH KERANA BERSHOPPING DENGAN KAMI