Monday 30 June 2014

  Bulan puasa ini rasa amat bermakna sekali kerana puasa kali ini bersama set nutrisi extra tenaga.

  Apa kelebihan set nutrisi ini?
  1. Membantu membekalkan tenaga sepanjang hari.
  2. Mengurangkan keletihan ketika berpuasa.
  3. Mengelakkan daripada gastrik.
  4. Mencegah penyahidratan.
  5. Meningkatkan daya ketahanan fizikal tubuh.
  6. Mengekalkan paras gula dalam darah.
  7. Membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  8. Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting semasa berpuasa.
  9. Bagi ibu yang menyusukan bayi pula susu badan tidak akan merudum walaupun berpuasa, malah bayi akan mendapat khasiat yang secukupnya.
 ** Sekiranya anda ingin terus membeli, anda boleh terus ke link di bawah ini untuk membuat pesanan terus secara online untuk memudahkan anda.

 ** Anda boleh gunakan Credit Card / Debit Card untuk urusan pembelian.

http://bit.ly/SetInstantM3G



Sebarang masalah anda boleh hubungi saya :
wassup : 011-23248884
sms/call : 017-2656976

Tuesday 17 June 2014

   Objek yang kita pandang akan difokus oleh mata dan jatuh pada bahagian sensitif mata yang dipanggil retina. Retina akan menghantar gambaran objek itu ke otak melalui saraf untuk ditafsir oleh otak.
   Retina ialah bahagian belakang mata yang kaya dengan salur darah dan juga darah. Bahagian paling sensitif pada retina dipanggil macula.
   Retina boleh cedera disebabkan oleh pelbgai sebab. Kecederaan pada bahagian retina, terutama pada kawasan macula, boleh mengakibatkan buta.
   Antara penyebab utama berlakunya kecederaan atau kerosakan pada bahagian retina ialah penyakit kencing manis dan darah tinggi.
   Selain itu, kesan radiasi, kecederaan kepala, penyakit sel sickle dan salur darah retina tersumbat antara penyebab lain. Bagi pesakit kencing manis, 80 peratus daripada pesakit yang menghidapnya lebih 10 tahun akan mempunyai masalah pada retina.
   Kerosakan pada retina bagi pesakit kencing manis biasanya bermula dengan salur darah pada retina menebal dan menyebabkan kebocoran cecair serta lemak pada kawasan retina.
   Pada peringkat ini biasanya, belum ada apa-apa simptom, melainkan jika kebocoran berlaku pada kawasan sensitif iaitu macula.
   Jika keadaan ini berterusan, ia mengakibatkan pembentukan salur darah halus yang tidak normal pada retina. Salur darah halus ialah jenis tidak matang dan mudah pecah.
  Apabila salur darah halus ini pecah, ia akan mengakibatkan gangguan penglihatan dan boleh menyebabkan buta.

Beza retina mata sihat dengan retina diabetik

Beza mata normal dengan mata yang ada masalah retinopati

  Buta ini boleh bermula dengan rabun yang berlaku perlahan-lahan dan ada kala berlaku secara mengejut atau tiba-tiba. Pesakit tidak akan merasa sakit sebelum masalah penglihatan itu berlaku.
  Untuk mengesahkan masalah ini, pemeriksaan dalam mata perlu dilakukan terhadap pesakit. Daripada pemeriksaan saringan ini, retina mata dapat ditentukan.
  Adalah lebih baik jika pemeriksaan dijalankan oleh pakar mata atau ophthalmologi. Sejenis ubat titis khas akan diberi untuk membuka anak mata dan daripada bukaan itu, retina boleh dilihat dengan lebih jelas.
  Jika ada tanda awal kerosakan retina akibat kencing manis, beberapa ujian lain perlu dijalankan. Antaranya ujian fluroskopi dimana sejenis cecair akan disuntik ke dalam badan dan cecair itu akan melalui salur darah dalam mata.
  Gambaran sama ada kebocoran telah berlaku atau tidak dapat dikenal pasti. Selain itu, ujian scan dipanggil B-scan juga perlu dijalankan.
  Rawatan untuk retina mata yang rosak perlu dilakukan kepada semua pesakit yang mempunyai simptom. Sebanyak 90 peratus daripada pesakit dapat mengekalkan penglihatan mereka walaupun kerosakan teruk
  Biasanya rawatan awal ialah dengan menggunakan laser, di mana salur darah kecil tidak normal akan dimusnahkan atau dengan membersihkan kebocoran cecair yang berlaku.

Rawatan laser bagi pesakit diabetes

  Yang penting sebenarnya ialah pemeriksaan berkala bagi pesakit kencing manis. Pemeriksaan enam bulan atau setahun sekali sangat penting supaya rawatan tidak lewat diberi dan dapat mengelak kerosakan berlaku pada retina.
  Ini seterusnya dapat mengelak berlakunya buta. Sebanyak 90 peratus daripada semua pesakit yang mengalami masalah retina dapat diselamatkan jika pemeriksaan berkala dan rawatan awal diberi kepada pesakit kencing manis.


 


Thursday 12 June 2014

Assalamualaikum...

  Bila bercerita bab nak pergi kelas nie kan, saya selalunya kalau pergi kelas anjuran shaklee, saya pasti pergi yang kat Melaka sebab kelas kat Melaka dekat gan rumah saya kat Chembong,Rembau.

  Tahun 2013 saya tak dapat ikut Workshop Wellness di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  Jadi tahun ini bila ada Workshop Wellness saya bersemangat nak ikut serta tapi malangnya Workshop kat Melaka dah penuh. Sedihnya, tapi saya tak berputus asa....saya call hq tanya masih ada kekosongan lagi tak kat Time Square.

  Alhamdulillah.....masih ada lagi kekosongan.....apalagi...saya wassup anak shaklee saya tanya nak ikut sekali tak..at least asaya ada teman untuk pergi sanakan sebab nie first time saya pergi yang kat Time Square punya...

  Di hari kejadian, alhamdulillah saya tak sesat dan lancar pergerakan saya. Sampai saja tempat yang dituju makin berkobar-kobar.. Masuk saja dewan fuyooo...banyaknya kerusi dan meja...means mmg ramai yang datang...
Worshop Wellness 2014

  Seronok bila dapat attend kelas macam nie...kita dapat ilmu daripada tutor yang bertauliah..Yang seronoknya tutor akan buat game untuk tajamkan minda kita.

  Yang paling penting sekali setiap kali attend kelas pasti dapat sijil..

Sijil Wellness Workshop 2014


  Ini gambar saya bersama anak shaklee di bawah seliaan saya.
Saya bersama anak shaklee saya


  So...lepas ni akan ada lagi kelas-kelas yang akan saya ceritakan lagi nanti selain dari kelas shaklee iaitu kelas muhasabah diri anjuran S2U.. 
  Nantikan post saya yang seterusnya.

Sunday 8 June 2014

  1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.
  2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun seranggan atau bahan kimia lain.
  4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.
  5. Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
  6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
  7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya.

PAGE

National Conferrence 2014

National Conferrence 2014
National Conferrence SHAKLEE 2014

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

Saya pengedar sah di kawasan Rembau, Negeri Sembilan. SID : 970932

Saya pengedar sah di kawasan Rembau, Negeri Sembilan. SID : 970932

Saya COD area Seremban, Senawang, TTJ, Rantau, Linggi, Pedas dan Rembau

Saya COD area Seremban, Senawang, TTJ, Rantau, Linggi, Pedas dan Rembau

Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

TERIMA KASIH KERANA BERSHOPPING DENGAN KAMI

TERIMA KASIH KERANA BERSHOPPING DENGAN KAMI