Tuesday 17 June 2014

   Objek yang kita pandang akan difokus oleh mata dan jatuh pada bahagian sensitif mata yang dipanggil retina. Retina akan menghantar gambaran objek itu ke otak melalui saraf untuk ditafsir oleh otak.
   Retina ialah bahagian belakang mata yang kaya dengan salur darah dan juga darah. Bahagian paling sensitif pada retina dipanggil macula.
   Retina boleh cedera disebabkan oleh pelbgai sebab. Kecederaan pada bahagian retina, terutama pada kawasan macula, boleh mengakibatkan buta.
   Antara penyebab utama berlakunya kecederaan atau kerosakan pada bahagian retina ialah penyakit kencing manis dan darah tinggi.
   Selain itu, kesan radiasi, kecederaan kepala, penyakit sel sickle dan salur darah retina tersumbat antara penyebab lain. Bagi pesakit kencing manis, 80 peratus daripada pesakit yang menghidapnya lebih 10 tahun akan mempunyai masalah pada retina.
   Kerosakan pada retina bagi pesakit kencing manis biasanya bermula dengan salur darah pada retina menebal dan menyebabkan kebocoran cecair serta lemak pada kawasan retina.
   Pada peringkat ini biasanya, belum ada apa-apa simptom, melainkan jika kebocoran berlaku pada kawasan sensitif iaitu macula.
   Jika keadaan ini berterusan, ia mengakibatkan pembentukan salur darah halus yang tidak normal pada retina. Salur darah halus ialah jenis tidak matang dan mudah pecah.
  Apabila salur darah halus ini pecah, ia akan mengakibatkan gangguan penglihatan dan boleh menyebabkan buta.

Beza retina mata sihat dengan retina diabetik

Beza mata normal dengan mata yang ada masalah retinopati

  Buta ini boleh bermula dengan rabun yang berlaku perlahan-lahan dan ada kala berlaku secara mengejut atau tiba-tiba. Pesakit tidak akan merasa sakit sebelum masalah penglihatan itu berlaku.
  Untuk mengesahkan masalah ini, pemeriksaan dalam mata perlu dilakukan terhadap pesakit. Daripada pemeriksaan saringan ini, retina mata dapat ditentukan.
  Adalah lebih baik jika pemeriksaan dijalankan oleh pakar mata atau ophthalmologi. Sejenis ubat titis khas akan diberi untuk membuka anak mata dan daripada bukaan itu, retina boleh dilihat dengan lebih jelas.
  Jika ada tanda awal kerosakan retina akibat kencing manis, beberapa ujian lain perlu dijalankan. Antaranya ujian fluroskopi dimana sejenis cecair akan disuntik ke dalam badan dan cecair itu akan melalui salur darah dalam mata.
  Gambaran sama ada kebocoran telah berlaku atau tidak dapat dikenal pasti. Selain itu, ujian scan dipanggil B-scan juga perlu dijalankan.
  Rawatan untuk retina mata yang rosak perlu dilakukan kepada semua pesakit yang mempunyai simptom. Sebanyak 90 peratus daripada pesakit dapat mengekalkan penglihatan mereka walaupun kerosakan teruk
  Biasanya rawatan awal ialah dengan menggunakan laser, di mana salur darah kecil tidak normal akan dimusnahkan atau dengan membersihkan kebocoran cecair yang berlaku.

Rawatan laser bagi pesakit diabetes

  Yang penting sebenarnya ialah pemeriksaan berkala bagi pesakit kencing manis. Pemeriksaan enam bulan atau setahun sekali sangat penting supaya rawatan tidak lewat diberi dan dapat mengelak kerosakan berlaku pada retina.
  Ini seterusnya dapat mengelak berlakunya buta. Sebanyak 90 peratus daripada semua pesakit yang mengalami masalah retina dapat diselamatkan jika pemeriksaan berkala dan rawatan awal diberi kepada pesakit kencing manis.


 


0 comments:

Post a Comment

PAGE

National Conferrence 2014

National Conferrence 2014
National Conferrence SHAKLEE 2014

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

Saya pengedar sah di kawasan Rembau, Negeri Sembilan. SID : 970932

Saya pengedar sah di kawasan Rembau, Negeri Sembilan. SID : 970932

Saya COD area Seremban, Senawang, TTJ, Rantau, Linggi, Pedas dan Rembau

Saya COD area Seremban, Senawang, TTJ, Rantau, Linggi, Pedas dan Rembau

Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

TERIMA KASIH KERANA BERSHOPPING DENGAN KAMI

TERIMA KASIH KERANA BERSHOPPING DENGAN KAMI